~ Peta Konsep ~

KUIZ

Author: siti rohaidah // Category:
SETELAH KITA MEMPELAJARI TAJUK MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM MENURUT ISLAM, MARI KITA SAMA-SAMA MENJAWAB SOALAN KUIZ DI BAWAH



AKIBAT MAKAN MAKANAN YANG HARAM

Author: siti rohaidah // Category:




ADAKAH ANDA TAHU APAKAH AKIBAT SEKIRANYA SESEORANG MU'MIN MEMAKAN MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN??


DI SINI ADA BEBERAPA AKIBAT YANG AKAN MENIMPA BAGI ORANG YANG MAKAN MAKANAN YANG HARAM






Ø Hati tertutup daripada menerima hidayah Allah


Ø Susah mendapat ilmu pengetahuan


Ø Ibadat yang dikerjakan sia-sia


Ø Memudharatkan kesihatan badan dan kewarasan akal


Ø Dilaknat oleh Allah dan azab di akhirat


Ø Mudah dihasut syaitan





Oleh yang demikian,adakah anda masih mahu masyarakat di sekeliling kita bergelumang dengan memakan makanan yang haram?? apakah tugas kita sebagai umat islam ke atas saudara sesama kita?? Marilah kita sama-sama menasihati antara satu sama lain agar kita sentiasa di redhai Allah...



HIKMAH MAKAN MAKANAN HALAL

Author: siti rohaidah // Category:


Seperti yang kita pelajari di atas, makanan yang halal adalah baik untuk dimakan. Adakah anda tahu,kenapakah benda-benda tersebut halal dimakan??

Jawapannya: islam tidak mengabaikan kesihatan umatnya,sebab itu lah islam hanya menghalalkan benda baik dan bersih serta mengharamkan benda-benda yang kotor,najis dan jijik rupanya.








Ø Khusyuk beribadat


Ø Mendapat hidayah daripada Allah


Ø Mudah menerima pelajaran


Ø Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal


Ø Diredhai oleh Allah


Ø Doa diterima

PENYEMBELIHAN

Author: siti rohaidah // Category:



APAKAH HUKUM MEMAKAN BINATANG YANG TIDAK DISEMBELIH??







Memakan binatang yang tidak disembelih adalah haram hukumnya mengikut agama islam begitu juga bagi binatang yang mati disembelih tetapi tidak disebut nama Allah adalah dianggap bangkai. Walaubagaimanapun, bagi ikan dan belalang tidak perlu disembelih terlebih dahulu.




Cara Penyembelihan :



1) Penyembelih mestilah beragama islam sama ada lelaki atau perempuan.


2) Penyembelihan mestilah menggunakan senjata yang tajam.







3) Penyembelihan mestilah dilakukan pada leher binatang sehingga putus saluran pernafasan dan halkumnya.


4) Orang yang menyembelih mestilah menyebut bismillah terlebih dahulu sebelum menyembelih.

PEMBURUAN

Author: siti rohaidah // Category:
PERNAHKAH ANDA BERBURU ATAU MELIHAT ORANG BERBURU BINATANG??








Para ulama’ telah bersepakat mengtakan bahawa berburu itu ialah suatu aktiviti yang harus.




Alat-alat yang harus digunakan:


1) Binatang-binatang yang mempunyai taring atau kuku yang tajam seperti anjing yang terlatih untuk berburu atau burung helang dan sebagainya









2) Menggunakan senjata-senjata tajam seperti panah, lembing, pedang,yang boleh mengeluarkan darah dengan cepat dan mematikan binatang itu dengan segera.











Berburu Dengan Binatang

Berburu dengan binatang seperti anjing, atau helang dengan syarat binatang itu telah benar-benar dilatih untuk mengikut perintah dan suruhan tuannya serta tidak pula memakan bianatang yang diperolehinya.


HELANG




Cara Berburu Dengan Binatang

Semasa hendak melepaskan anjing itu pemburu hendaklah membaca bismillah yang sempurna iaitu apabila binatang yang diburu itu mati tidak kira disebabkan oleh terkamannya atau gigitannya maka halal di makan . Sekiranya binatang yang diburu itu masih hidup maka ia hendaklah disembelih terlebih dahulu.


Cara Berburu Dengan Senjata Tajam


Apa yang dimaksudkan dengan senjata tajam itu termasuklah pedang, panah,lembing, atau senjata lain yang berbentuk runcing yang boleh mengeluarkan darah dengan segera dan mematikan binatang yang diburu. Binatang-binatang yang mati akibat ketajaman senjata ini adalah halal dimakan tidak kira kena bahagian mana pun.

Semasa hendak melepaskan senjata itu perlulah dibaca bismillah. Jika didapati binatang itu sudah mati,maka halal lah dimakan, tetapi jika binatang itu masih hidup makan hendaklah disembelih terlebih dahulu.

3.10 BINATANG YANG DISURUH AGAMA UNTUK MEMBUNUHNYA

Author: siti rohaidah // Category:
ADAKAH ANDA MENGETAHUI APAKAH BINATANG YANG DISURUH UNTUK MEMBUNUHNYA??


CUBA PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH......



KALA JENGKING



Binatang yang disuruh untuk membunuhnya adalah haram dimakan. Binatang tersebut ialah ular, kala jengking, cicak, tikus dan anjing hitam.




ULAR

3.9 BINATANG YANG DILARANG UNTUK MEMBUNUHNYA

Author: siti rohaidah // Category:


LEBAH




Terdapat beberapa jenis binatang yang dilarang dalam islam untuk membunuhnya. Dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah melarang membunuh 4 haiwan : semut, lebah, burung hud-hud dan burung surad. ”



SEMUT

3.8 KELDAI YANG JINAK

Author: siti rohaidah // Category:

Keldai jinak adalah binatang yang haram dimakan.Rasulullah bersabda:


“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu untuk memakan daging-daging keldai yang jinak, kerana dia
adalah najis”. (HR. Al-Bukhary dan Muslim)


Diperkecualikan darinya keldai liar, kerana Jabir -radhiallahu 'anhu- berkata:


“Saat (perang) Khaibar, kami memakan kuda dan keledai liar, dan Nabi -Shallallahu 'alaihi wasallam- melarang
kami dari keledai jinak”. (HR. Muslim)

3.7 HAIWAN YANG BERKUKU TAJAM

Author: siti rohaidah // Category:

PERNAHKAN ANDA MELIHAT HAIWAN YANG BERKUKU TAJAM??


HELANG MERUPAKAN SALAH SATU BURUNG YANG BERKUKU TAJAM

Binatang yang berkuku tajam dan bertaring adalah haram dimakan.Hal ini berdasarkan hadits :

Dari Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah melarang dari setiap haiwan buas yang bertaring dan berkuku tajam” (HR Muslim no. 1934)

Imam Al-Baghawi berkata dalam Syarh Sunnah (11/234): “Demikian juga setiap burung yang berkuku tajam seperti burung garuda, elang dan sejenisnya

3.6 BINATANG YANG BERTARING

Author: siti rohaidah // Category:
ADAKAH HAIWAN DI BAWAH INI BERTARING???

APAKAH HUKUM MEMAKAN BINATANG YANG BERTARING??

JAWAPAN : HUKUMNYA IALAH HARAM

Hal ini berdasarkan hadits : “Dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda: “Setiap binatang buas yang bertaring adalah haram dimakan” (HR. Muslim no. 1933).

3.5 BINATANG YANG HIDUP DUA ALAM

Author: siti rohaidah // Category:
BINATANG YANG HIDUP DUA ALAM

Bagi binatang yang hidup di dua alam iaitu di darat dan di laut adalah haram di makan seperti ketam batu, katak, ular, buaya, penyu. Walaubagaimanapunketam laut adalah halal menurut pendapat Iamam Hanafi begitu juga mazhab Imam Syafie.

3.4 ARAK

Author: siti rohaidah // Category:
ARAK ( AL-KHAMR)

Arak ialah setiap sesuatu yang jika meminumnya boleh memabukkan walaupun sedikit. Allah telah berfirman ,maksudnya ”

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar
kamu mendapat keberuntungan.”. (QS. Al-Ma`idah: 90







Arak haram


Dan dalam hadits riwayat Muslim dari Ibnu 'Umar -radhiallahu 'anhuma- secara marfu':

“Semua yang memabukkan adalah haram, dan semua khamar adalah haram”.

PEMAKANAN SEIMBANG

Author: siti rohaidah // Category:

Allah menyuruh hamba-Nya menjaga kesihatan rohani dan jasmani. oleh yang demikian, setiap individu perlu mengambil pemakanan yang seimbang. pemakanan yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan kita. Allah telah berfirman :


يايها الذين ءامنوا كلوا من طيبات ما رزقنكم


Maksudnya : Wahai orang yang beriman makanlah benda-benda yang baik yang telah kami kurniakan kepada kamu". ( Surah Al-Baqarah : 172)





Kita mentilah mengambil keperluan makanan kita berdasarkan diet seimbang seperti mana yang terdapat dalam piramid makanan di atas.


1) Pengambilan yang paling banyak ialah makanan yang mempunyai kabohidrat seperti roti,nasi, bijirin dan barli.





2 ) Pengambilan makanan yang kedua yang perlu agak banyak ialah sayuran dan buah-buahan
3) Pengambilan makanan yang ketiga mestilah tidak terlalu banyak dan pengambilan yang sederhana seperti daging lembu, ikan dan kekacang,
4) Pengambilan makanan di bahagian ini mestilah sedikit sahaja kerana ia mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi seperti minyak, gula, mentega dan lemak.


3.3 DAGING BABI

Author: siti rohaidah // Category:
BABI

Daging babi merupakan binatang yang diharamkan oleh Allah berdasarkan dalil yang maksudnya :

”Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya.......” (Surah Al-Maidah :3)

Semua bahagian yang terdapat pada babi adalah haram hukum memakannya.

Selain itu, binatang kacukan yang lahir daripada babi dan binatang yang halal juga haram hukumnya.








Kacukan babi dan biri-biri

3.2 DARAH

Author: siti rohaidah // Category:
DARAH

Darah yang diharamkan dimakan atau diminum ialah darah yang mengalir.Seperitmana dalam surah Al-An’am ayat 145 :



” Atau darah yang mengalir...”


Namun demikian, darah yang berketul seperti limpa, hati dan darah yang berada dalam urat-urat setelah penyembelihan adalah dihalalkan berdasarkan hadis :



“Dihalalkan untuk kita dua bangkai dan dua darah. Adapun kedua bangkai itu adalah ikan dan belalang.Dan adapun kedua darah itu adalah hati dan limfa”
Darah yang halal ( Hati )

3.1 BANGKAI

Author: siti rohaidah // Category:

APA ITU BANGKAI??





Bangkai ialah semua jenis binatang yang telah mati dengan cara tidak disembelih atau disembelih tetapi tidak disebut nama Allah seperti penyembelihan untuk berhala dan sebagainya. Binatang yang mati dengan cara yang tidak disembelih ini termasuklah seperti yang disebut dalam Surah Al-maidah ayat 3 iaitu :

1. Al-Munkhaniqoh iaitu haiwan yang mati kerana tercekik baik secara sengaja atau tidak.



2. Al-Mauqudhah iaitu haiwan yang mati karena dipukul dengan alat/benda keras hingga mati olehnya.



3. Al-Mutaraddiyah iaitu haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi atau jatuh ke dalam sumur sehingga mati.



4 An-Nathihah iaitu haiwan yang mati kerana ditanduk oleh hewan lain (lihat Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim 3/22 oleh Imam Ibnu Katsir).



5. Haiwan yang mati karena dimangsa oleh binatang buas.



6. Semua haiwan yang mati tanpa penyembelihan, misalnya disetrum.



7. Semua haiwan yang disembelih dengan sengaja tidak membaca basmalah.



8. Semua haiwan yang disembelih untuk selain Allah walaupun dengan membaca basmalah.



9. Semua bahagian tubuh haiwan yang terpotong/terpisah dari tubuhnya. Hal ini berdasarkan hadits :



Apa-apa yang terpotong dari hewan dalam keadaan dia (hewan itu) masih hidup, maka potongan itu adalah
bangkai”.






Walaupun bangkai haram hukumnya tetapi ada yang dikecualikan iaitu

1) bangkai ikan dan belalang berdasarkan hadits:



“Dari Ibnu Umar berkata: ” Dihalalkan untuk dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai yaitu ikan dan belalang, sedang dua darah yaitu hati dan limpa.”



Belalang




Ikan



2) Janin yang berada dalam perut haiwan yang disembelih. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ashhabus Sunan kecuali An-Nasa`iy, bahwa Nabi bersabda:



“Penyembelihan untuk janin adalah penyembelihan induknya”.
Maksudnya jika haiwan yang disembelih sedang hamil maka janin yang ada di dalam perutnya juga halal tanpa perlu disembelih semula."




Binatang yang tidak disembelih,kemudian binatang itu masih mempunyai sisa-sisa nyawa dan sempat disembelih maka dagingnya halal dimakan. Antara tanda-tanda binatang masih bernyawa ialah darahnya mengalir dan matanya masih bergerak-gerak.

Jenis Makanan Yang Haram

Author: siti rohaidah // Category:
ALLAH TELAH BERFIRMAN DI DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 3 , MAFHUMNYA :


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Maidah : 3)


ALLAH BERFIRMAN LAGI :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH
1) BANGKAI
2) DARAH
3) DAGING BABI
4) ARAK
5) BINATANG DUA ALAM
6) BINATANG YANG BERTARING
7) BINATANG YG BERKUKU TAJAM
8) KELDAI YANG JINAK
9) BINATANG YANG DILARANG UNTUK MEMBUNUHNYA
10) BINATANG YANG DIPERINTAHKAN UNTUK MEMBUNUHNYA

Makanan Yang Haram Menurut Islam

Author: siti rohaidah // Category:






APA YANG ANDA KETAHUI TENTANG MAKANAN ATAU MINUMAN YANG HARAM??



Dalam perbincangan ini, kita akan sama-sama mempelajari apakah jenis makanan atau ciri-ciri makanan yang haram dimakan di dalam islam. Seperti mana perbincangan mengenai konsep halal haram sebelum ini, anda semua pasti sudah mengetahui haram ialah dilarang.





Harimau sejenis binatang yang berkuku tajam


Dalam islam makanan yang haram adalah makanan yang dilarang untuk orang islam memakannya. Makanan itu ialah seperti daging babi dan makanan yang campuran daripadanya, arak, bangkai dan sebagainya.



Babi telah ditetapkan haram oleh Allah



Jika seseorang islam sengaja menggunakan barangan yang diharamkan itu maka dia adalah berdosa di sisi Allah.


Dalam keadaan atau pengecualian tertentu darurat sahaja seseorang islam itu dibolehkan memakan makanan yang haram. Keadaan ini adalah kerana ia tidak disengajakan atau nyawa dalam bahaya. Pada masa itu,tidak terdapat pilihan lain kecuali makanan yang haram,makan ia dibenarkan mengambil makanan yang haram itu semata-mata untuk menyelamatkan nyawa sahaja. Berkaitan ini Allah berfirman dalam Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 173 :


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Al-Baqarah:173)





Tumbuh-tumbuhan

Author: siti rohaidah // Category:
PERNAHKAH ANDA MEMAKAN BUAH-BUAHAN DI BAWAH?



ATAU








Semua jenis tumbuhan yang hidup di darat atau di dalam air adalah halal dimakan asalkan ia boleh mendatangkan faedah kepada tubuh badan dan tidak membahayakan kesihatan diri.
Tumbuhan yang baik seperti barli,padi kurma, anggur, bijirin dan
sebagainya.









Manakala tumbuhan yang haram dimakan seperti candu,
ganja dan pokok yang sejenis dengannya dilarang dinakan kerana boleh membawa kepada kerosakan tubuh badan.


Pokok Ganja haram







Allah telah berfirman :


dan Dialah allah yang menjadikan untuk kamu kebun kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon pohon tamar kurma dan tanam tanaman yang berlainan bentuk rupa dan rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan warnanya atau daunnya dan tidak bersamaan rasanya makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya zakatnya pada hari memetik atau menuainya “ ( Surah Al-An’am:141)







Pohon Kurma







Allah berfirman lagi:

“ Kemudian kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu kebun-kebun tamar dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu berbagai jenis lagi buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.” ( Surah Al-Mu’minun: 19)







Anggur







Allah berfirman :

” dan dalil yang terang untuk mereka memehami kekuasaan dan kemurahan Kami ialah bumi yang mati Kami hidupkan ia serta Kami keluarkan daripadanya bijian makan daripada bijian itu mereka makan.” (Surah yasin:33)







Allah berfirman:

” supaya mereka makan dari buahan nya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka,maka patutkah mereka tidak bersyukur” .( Surah Yasin:35)






Tomato bagus untuk kesihatan




Keempat-empat ayat tersebut menerangkan keharusan memakan jenis tumbuhan dan buahan yang tumbuh di muka bumi Allah ini. Halal dimakan apa sahaja yang kita sukai hasil daripada usaha yang baik.

Telur Binatang

Author: siti rohaidah // Category:


APAKAH YANG ANDA LIHAT PADA GAMBAR DI BAWAH?





Telur Penyu



Semua jenis telur binatang baik yang di udara, berenang di laut dan merayap di darat adalah halal dimakan asalkan ia tidak membahayakan kesihatan. Sama ada binatang tersebut halal atau haram di makan, tetapi telurnya tetap halal dimakan selagi ia tidak beracun dan tidak memudharatkan kesihatan.




Telur itik

Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati dengan telur yang beracun seperti telur ular dan telur katak kerana ia membahayakan kesihatan dan membawa kepada kematian. Maka ia menjadi haram dimakan.





T elur Ular beracun

Binatang Jenis Burung Yang Halal

Author: siti rohaidah // Category:
Binatang Jenis Burung Yang Halal

Binatang jenis burung ini termasuklah ayam,itik,angsa,burung-burung yang berterbangan. Seperti mana yang diketahui, ayam,angsa,itik telah jelas kehalalannya, namun burung-burung, tidak kesemuanya halal dimakan. Antara burung yang halal dimakan ialah burung terkukur, merbuk,merpati,punai, puyuh dan lain-lain.
Selagimana jenis burung tersebut tidak memudharatkan kesihatan,tidak beracun dan bukan dari jenis burung yang makan benda najis dan bangkai, maka halal lah burung tersebut.
Itik

Binatang Laut Yang Halal

Author: siti rohaidah // Category:
Apakah yang anda fikirkan tentang gambar di bawah?



Allah menyuruh hamba-Nya supaya bersyukur dengan setiap ape yang Allah kurniakan. Laut merupakan salah satu punca rezeki kepada manusia. Hasil laut dijadikan sebagai bahan makanan kepada manusia. Pada asasnya, semua binatang di dalam laut adalah halal selagi mana ia nya tidak mengandungi racun dan tidak memudharatkannya jika memakannya. Allah telah berfirman :

احل لكم صيد البحر وطعامه متاعا لكم وللالسيارة

Maksudnya : Di halalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk menikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran ( Surah Al-Maidah : 96)



Halal memakan binatang yang hidup di dalam air sama ada di laut atau di sungai asalkan ia tidak beracun dan tidak memabukkan. Binatang di laut atau di sungai halal dimakan tanpa disembelih. Allah telah berfirman :



وهو الذى سخر البحرلتا كلوا منه لحما طريا


Dan Dialah yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup ( Surah Al-Nahl:14)


Di dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman maksudnya :

Dan tidaklah sama keadaan dua laut, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai di minum. sementara satu lagi masin lagi pahit,dan kedua-duanya itu berfaedah bagi kamu dan dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut hidup-hidup. ( Surah Al-Fathir :12)



Pelbagai jenis hidupan laut yang halal dimakan antaranya pelbagai jenis ikan,sotong,udang,ketam,belut dan sebagainya. Dalam sebuah hadis semasa Nabi ditanya oleh seseorang sahabat tentang air laut, baginda bersabda :




" Laut itu bersih dan halal bangkainya"


Maksud sebuah hadis lain pula, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan kepada Rasulullah pernah mengirim satu angkatan keluar menuju ke Madinah , dalam perjalanan mereka telah menjumpai bangkai ikan yang besar lalu mereka memakannya selama 20 hari. Apabila kembali ke Madinah, mereka menceritakan kepada Rasulullah mengenai perkara tersebut. lalu baginda menyuruh mereka memakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah itu dan baginda mahu memakan ikan tersebut sekiranya masih ada.







~Rehat sebentar mendengar radio~