~ Peta Konsep ~

Showing posts with label 3.Makanan Yang Haram. Show all posts
Showing posts with label 3.Makanan Yang Haram. Show all posts

3.10 BINATANG YANG DISURUH AGAMA UNTUK MEMBUNUHNYA

Author: siti rohaidah // Category:
ADAKAH ANDA MENGETAHUI APAKAH BINATANG YANG DISURUH UNTUK MEMBUNUHNYA??


CUBA PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH......



KALA JENGKING



Binatang yang disuruh untuk membunuhnya adalah haram dimakan. Binatang tersebut ialah ular, kala jengking, cicak, tikus dan anjing hitam.




ULAR

3.9 BINATANG YANG DILARANG UNTUK MEMBUNUHNYA

Author: siti rohaidah // Category:


LEBAH




Terdapat beberapa jenis binatang yang dilarang dalam islam untuk membunuhnya. Dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah melarang membunuh 4 haiwan : semut, lebah, burung hud-hud dan burung surad. ”



SEMUT

3.8 KELDAI YANG JINAK

Author: siti rohaidah // Category:

Keldai jinak adalah binatang yang haram dimakan.Rasulullah bersabda:


“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu untuk memakan daging-daging keldai yang jinak, kerana dia
adalah najis”. (HR. Al-Bukhary dan Muslim)


Diperkecualikan darinya keldai liar, kerana Jabir -radhiallahu 'anhu- berkata:


“Saat (perang) Khaibar, kami memakan kuda dan keledai liar, dan Nabi -Shallallahu 'alaihi wasallam- melarang
kami dari keledai jinak”. (HR. Muslim)

3.7 HAIWAN YANG BERKUKU TAJAM

Author: siti rohaidah // Category:

PERNAHKAN ANDA MELIHAT HAIWAN YANG BERKUKU TAJAM??


HELANG MERUPAKAN SALAH SATU BURUNG YANG BERKUKU TAJAM

Binatang yang berkuku tajam dan bertaring adalah haram dimakan.Hal ini berdasarkan hadits :

Dari Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah melarang dari setiap haiwan buas yang bertaring dan berkuku tajam” (HR Muslim no. 1934)

Imam Al-Baghawi berkata dalam Syarh Sunnah (11/234): “Demikian juga setiap burung yang berkuku tajam seperti burung garuda, elang dan sejenisnya

3.6 BINATANG YANG BERTARING

Author: siti rohaidah // Category:
ADAKAH HAIWAN DI BAWAH INI BERTARING???

APAKAH HUKUM MEMAKAN BINATANG YANG BERTARING??

JAWAPAN : HUKUMNYA IALAH HARAM

Hal ini berdasarkan hadits : “Dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda: “Setiap binatang buas yang bertaring adalah haram dimakan” (HR. Muslim no. 1933).

3.5 BINATANG YANG HIDUP DUA ALAM

Author: siti rohaidah // Category:
BINATANG YANG HIDUP DUA ALAM

Bagi binatang yang hidup di dua alam iaitu di darat dan di laut adalah haram di makan seperti ketam batu, katak, ular, buaya, penyu. Walaubagaimanapunketam laut adalah halal menurut pendapat Iamam Hanafi begitu juga mazhab Imam Syafie.

3.4 ARAK

Author: siti rohaidah // Category:
ARAK ( AL-KHAMR)

Arak ialah setiap sesuatu yang jika meminumnya boleh memabukkan walaupun sedikit. Allah telah berfirman ,maksudnya ”

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar
kamu mendapat keberuntungan.”. (QS. Al-Ma`idah: 90







Arak haram


Dan dalam hadits riwayat Muslim dari Ibnu 'Umar -radhiallahu 'anhuma- secara marfu':

“Semua yang memabukkan adalah haram, dan semua khamar adalah haram”.

3.3 DAGING BABI

Author: siti rohaidah // Category:
BABI

Daging babi merupakan binatang yang diharamkan oleh Allah berdasarkan dalil yang maksudnya :

”Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya.......” (Surah Al-Maidah :3)

Semua bahagian yang terdapat pada babi adalah haram hukum memakannya.

Selain itu, binatang kacukan yang lahir daripada babi dan binatang yang halal juga haram hukumnya.








Kacukan babi dan biri-biri

3.2 DARAH

Author: siti rohaidah // Category:
DARAH

Darah yang diharamkan dimakan atau diminum ialah darah yang mengalir.Seperitmana dalam surah Al-An’am ayat 145 :



” Atau darah yang mengalir...”


Namun demikian, darah yang berketul seperti limpa, hati dan darah yang berada dalam urat-urat setelah penyembelihan adalah dihalalkan berdasarkan hadis :



“Dihalalkan untuk kita dua bangkai dan dua darah. Adapun kedua bangkai itu adalah ikan dan belalang.Dan adapun kedua darah itu adalah hati dan limfa”
Darah yang halal ( Hati )

3.1 BANGKAI

Author: siti rohaidah // Category:

APA ITU BANGKAI??





Bangkai ialah semua jenis binatang yang telah mati dengan cara tidak disembelih atau disembelih tetapi tidak disebut nama Allah seperti penyembelihan untuk berhala dan sebagainya. Binatang yang mati dengan cara yang tidak disembelih ini termasuklah seperti yang disebut dalam Surah Al-maidah ayat 3 iaitu :

1. Al-Munkhaniqoh iaitu haiwan yang mati kerana tercekik baik secara sengaja atau tidak.



2. Al-Mauqudhah iaitu haiwan yang mati karena dipukul dengan alat/benda keras hingga mati olehnya.



3. Al-Mutaraddiyah iaitu haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat tinggi atau jatuh ke dalam sumur sehingga mati.



4 An-Nathihah iaitu haiwan yang mati kerana ditanduk oleh hewan lain (lihat Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim 3/22 oleh Imam Ibnu Katsir).



5. Haiwan yang mati karena dimangsa oleh binatang buas.



6. Semua haiwan yang mati tanpa penyembelihan, misalnya disetrum.



7. Semua haiwan yang disembelih dengan sengaja tidak membaca basmalah.



8. Semua haiwan yang disembelih untuk selain Allah walaupun dengan membaca basmalah.



9. Semua bahagian tubuh haiwan yang terpotong/terpisah dari tubuhnya. Hal ini berdasarkan hadits :



Apa-apa yang terpotong dari hewan dalam keadaan dia (hewan itu) masih hidup, maka potongan itu adalah
bangkai”.






Walaupun bangkai haram hukumnya tetapi ada yang dikecualikan iaitu

1) bangkai ikan dan belalang berdasarkan hadits:



“Dari Ibnu Umar berkata: ” Dihalalkan untuk dua bangkai dan dua darah. Adapun dua bangkai yaitu ikan dan belalang, sedang dua darah yaitu hati dan limpa.”



Belalang




Ikan



2) Janin yang berada dalam perut haiwan yang disembelih. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ashhabus Sunan kecuali An-Nasa`iy, bahwa Nabi bersabda:



“Penyembelihan untuk janin adalah penyembelihan induknya”.
Maksudnya jika haiwan yang disembelih sedang hamil maka janin yang ada di dalam perutnya juga halal tanpa perlu disembelih semula."




Binatang yang tidak disembelih,kemudian binatang itu masih mempunyai sisa-sisa nyawa dan sempat disembelih maka dagingnya halal dimakan. Antara tanda-tanda binatang masih bernyawa ialah darahnya mengalir dan matanya masih bergerak-gerak.

Jenis Makanan Yang Haram

Author: siti rohaidah // Category:
ALLAH TELAH BERFIRMAN DI DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 3 , MAFHUMNYA :


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Maidah : 3)


ALLAH BERFIRMAN LAGI :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH
1) BANGKAI
2) DARAH
3) DAGING BABI
4) ARAK
5) BINATANG DUA ALAM
6) BINATANG YANG BERTARING
7) BINATANG YG BERKUKU TAJAM
8) KELDAI YANG JINAK
9) BINATANG YANG DILARANG UNTUK MEMBUNUHNYA
10) BINATANG YANG DIPERINTAHKAN UNTUK MEMBUNUHNYA

Makanan Yang Haram Menurut Islam

Author: siti rohaidah // Category:






APA YANG ANDA KETAHUI TENTANG MAKANAN ATAU MINUMAN YANG HARAM??



Dalam perbincangan ini, kita akan sama-sama mempelajari apakah jenis makanan atau ciri-ciri makanan yang haram dimakan di dalam islam. Seperti mana perbincangan mengenai konsep halal haram sebelum ini, anda semua pasti sudah mengetahui haram ialah dilarang.





Harimau sejenis binatang yang berkuku tajam


Dalam islam makanan yang haram adalah makanan yang dilarang untuk orang islam memakannya. Makanan itu ialah seperti daging babi dan makanan yang campuran daripadanya, arak, bangkai dan sebagainya.



Babi telah ditetapkan haram oleh Allah



Jika seseorang islam sengaja menggunakan barangan yang diharamkan itu maka dia adalah berdosa di sisi Allah.


Dalam keadaan atau pengecualian tertentu darurat sahaja seseorang islam itu dibolehkan memakan makanan yang haram. Keadaan ini adalah kerana ia tidak disengajakan atau nyawa dalam bahaya. Pada masa itu,tidak terdapat pilihan lain kecuali makanan yang haram,makan ia dibenarkan mengambil makanan yang haram itu semata-mata untuk menyelamatkan nyawa sahaja. Berkaitan ini Allah berfirman dalam Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 173 :


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Al-Baqarah:173)





~Rehat sebentar mendengar radio~