~ Peta Konsep ~

Jenis Makanan Yang Haram

Author: siti rohaidah // Category:
ALLAH TELAH BERFIRMAN DI DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 3 , MAFHUMNYA :


Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Maidah : 3)


ALLAH BERFIRMAN LAGI :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH
1) BANGKAI
2) DARAH
3) DAGING BABI
4) ARAK
5) BINATANG DUA ALAM
6) BINATANG YANG BERTARING
7) BINATANG YG BERKUKU TAJAM
8) KELDAI YANG JINAK
9) BINATANG YANG DILARANG UNTUK MEMBUNUHNYA
10) BINATANG YANG DIPERINTAHKAN UNTUK MEMBUNUHNYA

4 Responses to "Jenis Makanan Yang Haram"

Ball Says :
March 21, 2011 at 4:58 AM

Salam,

Berdasarkan apa yang anda tulis di atas, makanan yang telah diharamkan oleh Allah hanyalah 4 benda; BANGKAI, DARAH, DAGING BABI, dan ARAK. Yang lain itu tidak dinyatakan di dalam Al-Quran pun, hanyalah daripada hadis.

http://free-minds.org/forum/index.php?topic=8580.0

Apakah komen anda?

Unknown Says :
June 29, 2013 at 4:40 AM

Cumi/ sotong / binatang laut yg tidak bersisik haram atau halal untuk dimakan ??

Me Says :
June 14, 2014 at 4:22 AM

saya pergi ke seminar halal bebrapa tahun lepas. katanya telur ayam pun tak halal. Kenapa? sebab basuh tak bersih..haha.. tahi ayam dah melekat dan jadi kering. bila basuh lebih kurang aje, masuk le dlm kuali. yg betulnya, rendam dulu. dah tu cuci le bersih2. Nak tau tahi tu dah bersih belum? klau kena air, tekstur kulit telur tu agak licin, bertahi le tuu. kalau dah cuci, ada rasa kasar sikit.. Wallahualam.

Unknown Says :
April 5, 2016 at 11:13 PM

Syariat (Perintah) Islam didirikan bukan berpandukan kepada Al-Quran sahaja tetapi juga Al-Hadis. Sesungguhnya, kata-kata dan akhlak Nabi Muhammad SAW adalah Al-Quran sendiri yang menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat (hanya Allah yang tahu makna sebenarnya) dan muhkamat (jelas maknanya). Apa yang telah disenaraikan adalah kemudahanan bagi kita yang bermazhab Shafie.

Menurut majlis ilmu yang telah dihadiri, Mazhab Hanafi tidak makan sotong, ketam atau udang. Sungguhpun demikian, haruslah kita menetapkan pendirian untuk belajar apa yang telah ditentukan oleh mazhab dan menghormati pandangan mazhab lain. Setiap yang diputuskan oleh mazhab ada dalil yang menjadi asas kepada pengharaman sesuatu makanan. Sungguhpun begitu, Allah SWT lebih mengetahui bahawa hati kita jika kita telah berusaha sehabis baik untuk belajar dan mengelak daripada perkara yang haram.

Post a Comment

~Rehat sebentar mendengar radio~