~ Peta Konsep ~

KONSEP HUKUM DALAM PEMAKANAN ISLAM

Author: siti rohaidah // Category:
Terdapat beberapa konsep yang boleh dibincangkan dalam tajuk pemakanan dalam islam iaitu :

1) HALAL
  • Halal dalam perkataan arab حلال yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan.
  • Contohnya , bagi menentukan sama ada daging yang hendak dimakan dikira halal atau tidak, binatang berkenaan mestilah telah disembelih dengan nama Allah.

2) HARAM

  • Haram juga berasal daripada perkataan arab iaitu حرم yang membawa maksud dilarang dengan larangan yang jazim (yang pasti)
  • Contohnya,memakan bangkai, adalah haram hukumnya berdasarkan dalil naqli yang Allah telah turunkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 173.

3) Makruh

  • Makruh berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu كره yang membawa maksud benci atau tidak suka. ditakrifkan di sini ialah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah atau digalakkan untuk memakannya.

4) Syubhah

  • Syubhah berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu شبهة yang bermaksud kesamaran atau ragu-ragu. Dalam konteks makanan pula, ia bermaksud berlaku kesamaran sama ada sesuatu makanan itu halal atau haram.
  • Rasulullah telah bersabda berkenaan perkara syubhah iaitu supaya menjauhkan atau mengelakkan dirinya daripada perkara yang syubhah.

1 Response to "KONSEP HUKUM DALAM PEMAKANAN ISLAM"

p_daus88 Says :
February 13, 2011 at 6:34 AM

assalamualaikum, thanks for your information..
and nice blog....
I wish that i could learn something from your blog......

Post a Comment

~Rehat sebentar mendengar radio~