Di sini terdapat sedikit hukum mengenai memakan haiwan mamalia yang herbivor. Haiwan yang dibincangkan adalah seperti berikut :
Daging Kambing Biri-biri/ Kibas

Daging kambing biri-biri jantan (kulitnya yang
berwarna hitam) mempunyai sifat daging yang lebih halus dan lazat. Mengikut kajian para Ilmuan Islam, bahagian sumsum tulang, daging rusuk kanan hadapan(berdekataan tulang rusuk/sangkar rusuk) kambing biri-biri mempunyai nilai kualiti daging yang lebih baik dan berkhasiat berbanding daging rusuk kirinya. Akan tetapi, daging punggung dan peha kaki kanan adalah lebih mengenyangkan dan lebih mudah dicerna oleh perut.
Sabda Rasulullah SAW,; “Ambillah daging(kambing biri-biri itu) sebelah depan. Jauhilah daging kepala dan perut, kerana penyakit terletak disitu.

Sabda Rasulullah SAW,; “Ambillah daging(kambing biri-biri itu) sebelah depan. Jauhilah daging kepala dan perut, kerana penyakit terletak disitu.
Daging Kambing Kacang


Daging Lembu

Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain. Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna.
Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.

Berkenaan dengan Daging kuda, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;
“Dari Asma RA, ia berkata: “Kami menyembelih kuda, lalu kami makan. Itu masa hidupnya Rasulullah SAW”. Dan juga dari Nabi SAW, bahawasanya baginda mengizinkan (memakan) daging kuda dan baginda melarang (memakan) daging keldai (dari jenis peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). (Asy-Syaikhan)

Daging Unta

Maka kerana itu, tidak hairanlah bahawa pada awalnya Rasulullah sendiri pernah mengajar apabila seseorang itu selesai memakan daging unta maka hendaklah dia berwuduk.
Daging Kijang

Menerusi pengarang Kitab Al-Qaanuun ada memerihalkan bahawa sebaik-baik daging binatang liar adalah daging Kijang.

Berikut adalah maksud sepotong Hadis berkenaan kebolehan memakan daging arnab;
Dari Annas bin Malik RA, ia berkata: “Meloncati kami seekor arnab, maka mereka berusaha mengejarnya dan berhasil menangkapnya. Lalu Abu Talhah mengirimkan pangkal pehanya (arnab itu) kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda menerimanya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)
Daging Keldai Liar

Hadis Rasulullah tentang kebenaran memakan daging keldai;
Dari
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)
Dari Jabir bin Abdillah RA, ia berkata; “Pada waktu Perang Khaibar, kami memakan daging kuda dan (daging) keldai liar (yang bukan dari peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan penyataan hadis diatas, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW membenarkan umat Islam untuk memakan daging Keldai Liar (bukan dari jenis belaan/ tunggangan). Abu Qatadah yang memburu keldai liar ketika itu tidaklah ia berada dalam Ihram kerana, orang yang masih dalam Ihram adalah dilarang untuk memburu. Tetapi memakan daging haiwan buruan yang halal adalah dibolehkan kepada orang yang memburu ataupun tidak memburu samaada ianya dalam keadaan berIhram ataupun tidak.
Daging Rusa

Namun begitu, mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Muzakkarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia kali ke-32 yang bertarikh 10-11 Jun 1993, Rusa adalah tidak diwajibkan untuk dijadikan bayaran zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan aqiqah. Rusa hanya boleh dijadikan bahan sembelihan halal untuk tujuan jual beli ataupun sebagai bahan makanan tambahan.

Daging Anak Kambing dalam Perut Ibunya
Memakan daging anak kambing atau mana-mana anak binatang ternakan yang lain yang masih berada dalam kandungan ibunya adalah tidak baik dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk jika berterusan memakannya. Hal ini disebabkan terdapatnya banyak darah kotor yang tertahan didalamnya.
Namun demikian, hukum memakannya adalah tidak haram malah Halal.
Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Makanlah kamu jika kamu mahu. Sesungguhnya sembelihannya adalah (tergantung) sembelihan ibunya”.
Maka, kerana ibunya telah disembelih terlebih dahulu yang bererti halal dimakan maka janin kambing itu juga halal untuk dimakan, tetapi si pemakan perlu sentiasa berwaspada agar, janin haiwan halal yang hendak dimakan itu tidaklah dalam keadaan kotor dan menjijikkan serta jika dimakan janin itu perlulah dalam keadaan terhad sahaja tidak melebih-lebih, cukup sekadar keperluan diri untuk meneruskan kehidupan yang baik dan sempurna.
Daging Dhab

Hal ini seperti yang diperihalkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya: “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab: “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan.(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan).
0 Responses to "Hukum Memakan Haiwan Mamalia Herbivor"
Post a Comment