~ Peta Konsep ~

Binatang Darat Yang Halal

Author: siti rohaidah // Category:


Binatang yang halal dimakan ialah binatang yang tidak disebut pengharamannya di dalam Al-Quran dan Hadith. Binatang darat termasuklah binatang ternakan dan hidupan liar di hutan atau jenis binatang yang lain yang berkeliaran di muka bumi ini. Kebanyakan ternakan adalah halal dimakan seperti ayam, itik, lembu,kerbau dan sebagainya. Allah telah berfirman dalam Surah Al-An'am :

Mafhumnya : "Dan di antara binatang-binatang ternakan itu,ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan ada yang disembelih. makanlah daripada yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu." (Surah Al-An'am : 142 )

Firman Allah lagi :

Mafhumnya :"Dan binatang-binatang ternak itu,ia juga menciptakan-Nya untuk kamu,terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain dan daripadanya juga kamu makan." (Surah An-Nahl : 5)




Penghalalan binatang-binatang darat juga tertakluk kepada sama ada binatang itu kotor atau bersih, memudharatkan atau tidak untuk dimakan. Andainya binatang itu bersih dan baik untuk dimakan halallah di sisi Islam dan sebaliknya jika binatang tersebut kotor atau memudharatkan,maka haramlah dimakan.

Hal ini diketahui sama ada binatang itu memudaratkan atau tidak
dapatlah dilihat sama ada ia mempunyai racun atau
membahayakan seperti tikus, juga binatang-binatang yang menerkam mangsanya seperti harimau, singa, beruang, dan sebagainya.















































Hukum Memakan Haiwan Mamalia Herbivor

Author: siti rohaidah // Category:
Di sini terdapat sedikit hukum mengenai memakan haiwan mamalia yang herbivor. Haiwan yang dibincangkan adalah seperti berikut :

Daging Kambing Biri-biri/ Kibas

Terdapatnya manfaat dari memakan daging kambing biri-biri, misalnya menambah kuantiti darah, memperkuatkan sistem pencernaan, menaikkan suhu badan yakni ketika tubuh dalam keadaan dingin, menguatkan sistem tubuh badan khususnya pada para olahragawan dan memperkuatkan daya ingatan.

Daging kambing biri-biri jantan (kulitnya yang berwarna hitam) mempunyai sifat daging yang lebih halus dan lazat. Mengikut kajian para Ilmuan Islam, bahagian sumsum tulang, daging rusuk kanan hadapan(berdekataan tulang rusuk/sangkar rusuk) kambing biri-biri mempunyai nilai kualiti daging yang lebih baik dan berkhasiat berbanding daging rusuk kirinya. Akan tetapi, daging punggung dan peha kaki kanan adalah lebih mengenyangkan dan lebih mudah dicerna oleh perut.
Sabda Rasulullah SAW,; “Ambillah daging(kambing biri-biri itu) sebelah depan. Jauhilah daging kepala dan perut, kerana penyakit terletak disitu.


Daging Kambing Kacang

Kambing kacang atau kambing kampung domestik (Capra aegagrus hircus) merupakan sub spesies dari jenis kambing liar yang berasal dari
Barat Daya Asia, Timur Tengah dan Eropah Timur. Jenis kambing ini adalah dari kumpulan keluarga Bovidae dan ia mempunyai hubung kait dengan kambing biri-biri hasil kacukan kambing-antelope dari sub keluarga Caprinae. Badannya kecil. Telinganya tegak, berbulu lurus dan pendek. Baik betina mahupun jantan, ia memiliki dua tanduk yang pendek.


Daging Kambing Kacang pada azalinya adalah amat sukar untuk dicerna dalam perut, dagingnya juga bersifat kering dan liat. Jika dimakan dengan terlalu banyak, ia mampu menyebabkan seseorang itu mudah lupa dan mampu merosakkan sel darah merah. Namun demikian, kekurangan ini tidaklah berlaku meluas dikalangan masyarakat umum yang memakannya, kekurangan ini biasanya mudah menyerang kepada jenis orang yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah.

Daging Lembu

Daging lembu atau kerbau serta yang sekeluarga dengannya, sebenarnya pada azali memang sulit dan sukar untuk dicernai.Ia sebenarnya tidak baik untuk dimakan umum kecuali kepada orang yang sangat kuat akan pekerjaannya dan orang yang dalam profesion pekerjaannya memerlukan banyak tenaga tambahan. Mengikut kajian para professional perubatan, memakan daging lembu atau kerbau seumpamanya boleh mengakibatkan penyakit kanser, penyakit lepra, penyakit demam campak, penyakit kaki gajah (Elephant Foot Disease), penyakit waswas serta memudahkan pembekuan darah yang mampu menyebabkan pembengkakan yang kronik.
Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain. Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna.
Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.


Daging Kuda


Daging kuda adalah halal dimakan, tetapi ia lebih banyak mendatangkan kemudaratannya daripada kebaikan. Daging kuda tidak baik dimakan oleh orang yang sihat kerana dagingnya bersifat amat kering lagi panas dan dikhuatiri merbahaya pada tubuh yang sihat.
Berkenaan dengan Daging kuda, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

“Dari Asma RA, ia berkata: “Kami menyembelih kuda, lalu kami makan. Itu masa hidupnya Rasulullah SAW”. Dan juga dari Nabi SAW, bahawasanya baginda mengizinkan (memakan) daging kuda dan baginda melarang (memakan) daging keldai (dari jenis peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). (Asy-Syaikhan)

Adapun begitu, sesetengah ahli Ulama Fuqaha hanya membenarkan setengah bahagian dari tubuh kuda yang disembelih itu sahaja boleh dimakan, manakala setengah bahagian tubuhnya yang lain perlulah ditinggalkan.WaAllahuA’lam.





Daging Unta

Daging anak unta adalah lebih harum dan lebih lazat untuk dimakan dan ia mengenyangkan, sama seperti daging kambing biri-biri/kibas. Akan tetapi, sebagaimana pandangan umum tentang daging unta, sebahagian doktor melarang memakannya dengan alasan daging unta adalah suatu jenis daging yang panas, kering serta susah dicerna dengan baik dalam perut serta mampu menimbulkan beberapa komplikasi kesihatan yang kronik seperti penyakit campak yang kronik.
Maka kerana itu, tidak hairanlah bahawa pada awalnya Rasulullah sendiri pernah mengajar apabila seseorang itu selesai memakan daging unta maka hendaklah dia berwuduk.


Daging Kijang

Daging kijang mempunyai kelebihan yang tersendiri, misalnya, ketika seseorang yang basah kuyup akibat basah air hujan atau peluh sedangkan ia tidak dijumpainya kain pengering maka antara cara yang boleh dianggap berkesan adalah dengan memakan daging Kijang, ini kerana daging Kijang mempunyai suatu kelebihan yakni menjadi agen pengering kulit bagi seseorang manusia yang memakannya. Ia juga mampu merawat penyakit kebasahan kulit yakni kepada seseorang yang selalu berpeluh dan kulitnya sentiasa menitiskan air walaupun bukan dalam kepanasan.
Menerusi pengarang Kitab Al-Qaanuun ada memerihalkan bahawa sebaik-baik daging binatang liar adalah daging Kijang.


Daging Arnab

Daging arnab adalah halal dimakan, sama seperti haiwan mamalia (mamalia herbivore) yang telah dibincangkan sebelum ini. Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.Manakala, bahagian daging arnab yang terbaik adalah daging di pangkal pehanya yang sebelah kanan. Dengan memakan daging arnab, seseorang boleh mendapat struktur perut yang lebih kecil (perut yang kecil mampu mengawal pengambilan bahan makanan yang terlalu banyak sekaligus mengurangkan risiko
obesiti (berat badan melampau) serta kencing manis).Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing. Pengambilan daging arnab di bahagian kepalanya secara terkawal mampu menjadi penawar kepada seseorang yang mengalami penyakit menggeletar.
Berikut adalah maksud sepotong Hadis berkenaan kebolehan memakan daging arnab;

Dari Annas bin Malik RA, ia berkata: “Meloncati kami seekor arnab, maka mereka berusaha mengejarnya dan berhasil menangkapnya. Lalu
Abu Talhah mengirimkan pangkal pehanya (arnab itu) kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda menerimanya”.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)

Daging Keldai Liar

Daging Keldai Liar adalah berlainan dengan daging keldai belaan dan tunggangan biasa, ianya lebih panas, kering, mengenyangkan dan mampu menambah kuantiti darah.
Hadis Rasulullah tentang kebenaran memakan daging keldai;
Dari
Abu Qatadah RA, bahawasanya mereka bersama-sama Rasulullah SAW pada (waktu)sebahagian Umrah. Abu Qatadah memburu keldai liar, lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka memakannya(daging keldai buruan itu), sedangkan mereka sedang melakukan Ihram. Abu Qatadah sendiri tidak turut melakukan Ihram”.
(Hadis Riwayat
Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)
Dari Jabir bin Abdillah RA, ia berkata; “Pada waktu Perang Khaibar, kami memakan daging kuda dan (daging) keldai liar (yang bukan dari peliharaan)”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan penyataan hadis diatas, jelaslah bahawa
Nabi Muhammad SAW membenarkan umat Islam untuk memakan daging Keldai Liar (bukan dari jenis belaan/ tunggangan). Abu Qatadah yang memburu keldai liar ketika itu tidaklah ia berada dalam Ihram kerana, orang yang masih dalam Ihram adalah dilarang untuk memburu. Tetapi memakan daging haiwan buruan yang halal adalah dibolehkan kepada orang yang memburu ataupun tidak memburu samaada ianya dalam keadaan berIhram ataupun tidak.

Daging Rusa

Daging Rusa adalah halal apabila disembelih dengan nama Allah sama seperti semua daging haiwan Halal yang lain. Daging rusa merupakan salah satu daging binatang buruan yang baik. Mengikut para penyelidik dan para professional dalam bidang nutrisi makanan, daging rusa dilihat mempunyai daya toleransi yang cukup baik dan harmoni dengan anggota tubuh dalaman dan luaran manusia.
Namun begitu, mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh Muzakkarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia kali ke-32 yang bertarikh 10-11 Jun 1993, Rusa adalah tidak diwajibkan untuk dijadikan bayaran zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan aqiqah. Rusa hanya boleh dijadikan bahan sembelihan halal untuk tujuan jual beli ataupun sebagai bahan makanan tambahan.

Daging Kancil

Kancil adalah antara haiwan halal dimakan dalam Islam apabila cara penyembelihannya sempurna mengikut syariat Islamiah. Dagingnya berakhasiat serta lembut. Daging kancil yang enak adalah dari daging yang berasal dari kancil liar yang hidup melata di hutan belantara tropika.


Daging Anak Kambing dalam Perut Ibunya

Memakan daging anak kambing atau mana-mana anak binatang ternakan yang lain yang masih berada dalam kandungan ibunya adalah tidak baik dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk jika berterusan memakannya. Hal ini disebabkan terdapatnya banyak darah kotor yang tertahan didalamnya.
Namun demikian, hukum memakannya adalah tidak haram malah Halal.
Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Ya Rasulullah! Kami menyembelih seekor kambing, lalu kami temukan didalam perutnya seekor anak kambing yang masih berupa janin. Bolehkah kami memakannya?” Lalu Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud:
“Makanlah kamu jika kamu mahu. Sesungguhnya sembelihannya adalah (tergantung) sembelihan ibunya”.
Maka, kerana ibunya telah disembelih terlebih dahulu yang bererti halal dimakan maka janin kambing itu juga halal untuk dimakan, tetapi si pemakan perlu sentiasa berwaspada agar, janin haiwan halal yang hendak dimakan itu tidaklah dalam keadaan kotor dan menjijikkan serta jika dimakan janin itu perlulah dalam keadaan terhad sahaja tidak melebih-lebih, cukup sekadar keperluan diri untuk meneruskan kehidupan yang baik dan sempurna.

Daging Dhab

Dhab atau Biawak Padang Pasir (Dessert Iguana) bukanlah suatu haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan mamalia (mamalia herbivore), hal ini kerana Dhab merupakan sejenis haiwan reptilia, Dhab mempunyai diet makanan seperti belalang dan serangga padang pasir (Oasis insects).Namun begitu darah dhab bukanlah dari jenis yang sejuk kerana tatahidupnya mesti sering bergantungan dengan keadaan suhu panas padang pasir. Walaupun ia adalah dari keluarga reptilia, namun begitu ia satu-satunya haiwan dari jenis itu yang halal dimakan dalam Islam.
Hal ini seperti yang diperihalkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari
Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya: “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab: “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan.(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan).














~Rehat sebentar mendengar radio~